Sakit Pinggul

Sendi pinggul berfungsi menampung jumlah pergerakan yang berulang dan apabila ia mengalami keadaan haus dan lusuh (wear and tear). Apabila berlaku pergerakan seperti berlari, kusyen tulang rawan membantu mengelakkan geseran berlaku semasa tulang pinggul bergerak

Walaubagaimanapun, seiring dengan peningkatan usia dan jumlah pergerakan yang terjadi, rawan juga boleh haus atau rosak. Otot dan tendon di pinggul juga cenderung berfungsi secara berlebihan. Tulang di pinggul juga berupaya untuk patah semasa jatuh atau disebabkan oleh kecederaan lain. Keadaan-keadaan ini adalah antara punca menyebabkan berlakunya sakit pinggul.

Punca Sakit Pinggul

Masalah Otot dan Tisu Lembut

  • Otot tegang atau terseliuh akibat pergerakan berlebihan

  • Radang tendon (tendonitis)

  • Radang bursa (bursitis)

Masalah Tulang

  • Retak atau kecederaan tulang pinggul

  • Masalah struktur tulang pinggul atau pelvis

Faktor Gaya Hidup & Lain-lain

  • Postur badan yang tidak betul

  • Duduk atau berdiri terlalu lama

  • Berat badan berlebihan

  • Kehamilan atau perubahan hormon

Masalah Sendi Pinggul

  • Radang sendi (osteoarthritis atau arthritis)

  • Masalah geseran atau ketidakselarasan sendi pinggul

  • Kehausan rawan sendi akibat penuaan

Masalah Saraf dan Tulang Belakang

  • Saraf terhimpit di bahagian pinggang

  • Masalah tulang belakang bawah yang menyebabkan sakit menjalar ke pinggul

Simptom Sakit Pinggul

  • Anda berasa tidak selesa di bahagian

    • Peha
    • Di dalam sendi pinggul
    • Pangkal paha
    • Di luar sendi pinggul
    • Punggung