Sakit Pergelangan Kaki

Sebarang jenis kesakitan atau ketidakselesaan yang menjejaskan mana-mana bahagian buku lali. Sakit buku lali boleh berlaku atas pelbagai sebab. Punca yang paling biasa termasuklah kecederaan, arthritis dan wear & tear (haus & lusuh). Ia sering dialami oleh golongan yang berusia lebih 65 tahun, golongan yang aktif bersukan (melibatkan pergerakan seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan, perubahan arah secara tiba-tiba).

Punca Sakit Pergelangan Kaki

Bursitis
Kantung berisi cecair yang dipanggil bursae melindungi tulang anda apabila ia bergerak. Bursitis berlaku apabila kantung ini mengalami keradangan.

Patah
Kemalangan atau kecederaan boleh menyebabkan tulang patah. Patah buku lali boleh melibatkan tulang di mana-mana bahagian sendi buku lali. Buku lali yang patah menyebabkan pergelangan kaki bengkak dan sakit.

Terseliuh
Terseliuh buku lali berlaku apabila ligamen meregang atau koyak.

Tendonitis
Tendon yang mengalami keradangan adalah kecederaan tisu lembut yang dipanggil tendonitis. Tendon menghubungkan otot dengan tulang.

Arthritis
Sakit dan kekakuan pada sendi buku lali boleh disebabkan oleh arthritis buku lali. Arthritis berlaku apabila rawan (tisu pada sendi yang melindungi tulang) rosak.

Flatfoot
Ketiadaan lengkungan sama sekali atau lengkungan kecil boleh menyebabkan sakit dan bengkak pada buku lali dan kaki.

Gout
Terhasil daripada pengumpulan asid urik di seluruh badan. Asid urik yang berlebihan menghasilkan kristal yang berkumpul di dalam Gout di buku lali boleh menyebabkan kesakitan kepada kaki.

Jangkitan
Beberapa jenis jangkitan termasuk selulitis boleh menyebabkan bengkak dan sakit pada sendi buku lali. Jangkitan tulang yang dipanggil Osteomielitis boleh disebabkan oleh jangkitan staph.