Sakit Lutut

Sakit lutut terjadi kepada semua peringkat umur. Sakit lutut mungkin disebabkan oleh kecederaan seperti ligamen yang pecah atau tulang rawan yang koyak. Kes-kes seperti Arthritis, Gout dan jangkitan juga boleh menyebabkan sakit lutut.

Perkhidmatan

Sakit Tulang Belakang

Sakit Pinggul

Sakit Lutut

Sakit Jari Jemari

Sakit Pergelangan Kaki

Sakit lutut terjadi kepada semua peringkat umur. Sakit lutut mungkin disebabkan oleh kecederaan seperti ligamen yang pecah atau tulang rawan yang koyak. Kes-kes seperti Arthritis, Gout dan jangkitan juga boleh menyebabkan sakit lutut.

Kebanyakan sakit lutut ringan boleh diatasi dengan penjagaan kendiri. Walaubagaimanapun, dalam beberapa kes, lutut anda mungkin memerlukan rawatan yang lebih komprehensif seperti pembedahan.

Punca Sakit Lutut

  • Kecederaan ACL
  • Patah
  • Meniskus koyak
  • Bursitis lutut
  • Tendinitis patella
  • Koyakan ligamen anterior cruciate. Sering terjadi kepada pemain bola keranjang, bola sepak atau sukan lain yang memerlukan perubahan arah secara tiba-tiba.
  •  
  • Tulang lutut termasuk tempurung lutut (patella) patah semasa terjatuh atau kemalangan kereta. Ia turut terjadi kepada mereka yang mengalami Osteoporosis.
  • Rawan yang bertindak sebagai penyerap hentakan. Kekoyakan berlaku jika anda tiba-tiba memulas lutut anda semasa menanggung berat di atasnya.
  •  
  • Sesetengah kecederaan lutut menyebabkan keradangan pada bursa, kantung kecil cecair yang melindungi bahagian luar sendi lutut anda supaya tendon dan ligamen bergeser dengan lancar di atas sendi.
  • Tendinitis menyebabkan keradangan satu atau lebih tendon. Keradangan ini boleh berlaku apabila terdapat kecederaan pada tendon patellar. Sering terjadi kepada pelari, pemain ski, penunggang basikal, dan mereka yang terlibat dalam sukan yang melibatkan lompatan.
  •  

Simptom sakit Lutut

Simptom yang dialami adalah berbeza-beza bergantung kepada punca masalah. Antara tanda-tanda dan gejala :

  • Bengkak dan kekakuan
  • Kemerahan
  • Lemah lutut atau ketidakstabilan
  • Bunyi pop
  • Ketidakupayaan untuk meluruskan lutut sepenuhnya