Sakit Tulang Belakang
Perkhidmatan
Sakit Tulang Belakang
Sakit Pinggul
Sakit Lutut
Sakit Jari Jemari
Sakit Pergelangan Kaki
Sakit belakang adalah keadaan yang sering dialami oleh kebanyakan individu. Sakit tulang belakang boleh diatasi melalui penjagaan kendiri namun anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan daripada Pakar sekiranya ia membawa kepada masalah kesihatan yang serius.
Punca Sakit Tulang Belakang
Sakit belakang dapat dikenalpasti oleh Pakar melalui ujian dan pengimejan. Keadaan yang biasanya dikaitkan dengan sakit tulang belakang antaranya termasuklah ;
- Ketegangan otot atau ligamen : Mengangkat barang berat berulang kali dan pergerakan secara tiba-tiba boleh menegangkan otot belakang dan ligamen tulang belakang. Ketegangan yang berterusan boleh menyebabkan kekejangan otot.
- Sakit sendi. Osteoartritis boleh menjejaskan bahagian bawah belakang. Dalam sesetengah kes, arthritis di tulang belakang boleh menyebabkan penyempitan ruang di sekeliling saraf tunjang iaitu keadaan yang dipanggil stenosis tulang belakang.
- Osteoporosis. Bahagian vertebrae tulang belakang boleh mengalami patah tulang yang menyakitkan jika tulang anda menjadi rapuh.
Simptom Sakit Belakang
- Berlanjutan sehingga beberapa minggu
- Teruk dan tidak bertambah baik walaupun sudah berehat
- Sakit merebak ke bahagian kaki terutamanya di bawah lutut
- Lemah, kebas kaki
- Penurunan berat badan tanpa sebab yang jelas
Dapatkan rawatan segera jika sakit belakang anda:
-
- Menyebabkan masalah usus atau pundi kencing dan diiringi dengan demam.